ctoon9

Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.  Kejayaan pembelajaran ini memerlukan masa mencukupi dan panjang serta berkualiti.

 

Dalam pembelajaran ini pelajar dan guru mesti menentukan objektif pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran terbimbing, menilai pengajaran dan pembelajaran.  Akhir sekali aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilakukan ke atas pelajar.

 

Strategi ini akan berjaya jika guru memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.  Guru mesti menentukan objektif pembelajaran, merancang isi unit pelajaran dan menggubal soalan-soalan bagi penilaian sumatif.

  • Share/Save/Bookmark