smkbbss

PENGENALAN

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. 

Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah berprestasi tinggi adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berprestasi tinggi boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

Ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi tinggi. 

Sesungguhnya sekolah yang berjprestasi tinggi bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.

Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. 

Ini adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu. 

Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan German yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan. 

Bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara. 

Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut. 

Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut. 

 

KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

 

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

 

ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

 

Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan:

Penampilan diri

·         Kesihatan fizikal dan mental yang sihat

·         Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri

·         Berkeyakinan diri yang tinggi

  • Mahir berkomunikasi

 Ketrampilan pentadbiran

 

 

Kebolehan menganalisa masalah

1.       Kebolehan membuat keputusan  

2.       Keperluan pengurusan organisasi  

3.       Sensitiviti 

 

Ketrampilan interpersonal  

  1.  Kemahiran kaunseling  
  2. Kemahiran membina pasukan  
  3. Kemahiran penyelesaian konflik  
  4. Kemahiran pengurusan tekanan dan masa  
  5. Akauntabiliti

 Pengurusan kurikulum yang tersusun  

  1. Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran
    •  Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan  
    • Jadual waktu kurikulum  
    • Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran 
    • Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran  
    • Penentuan set pelajar 

 

Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran  

  1. Kaedah mengajar  
  2. Penggunaan ABM 
  3. Penilaian atau tugasan 

 

Pemantauan P & P  

  1. Rondaan – mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P berjalan 
  2. Pencerapan pengajaran guru

·         Kekuatan dan kekurangan dari segi isi  

·         Teknik pengajaran  

·         Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat 

             

     3.Semakan buku nota dan latihan pelajar  

  •  Memenuhi kuota latihan  
  • Menghabiskan sukatan pelajaran 
  • Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan  
  • Kerja-kerja pemulihan 

    4.Penyemakan buku rekod pengajaran guru  

  •  Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian

 

    5.Ujian dan peperiksaan

 

Model Penyeliaan  

  1.  Penyeliaan klinikal  
  2. Penyeliaan kendiri

 

Kecemerlangan disiplin

·         Sahsiah

·         Berpakaian kemas

·         Rambut yang kemas dan pendek

·         Tingkah laku

·         Sopan santun  

·         Baik tutur kata

·         Kehadiran ke sekolah

·         Tidak ponteng sekolah

·         Hadir di dalam kegiatan kokurikulum

·         Menyertakan surat waris atau doktor jika tidak hadir ke sekolah

Guru Berkesan

·         Dapat menghasilkan sesuatu menerusi pengajaran

·         Memiliki ciri-ciri personel tertentu

·         Melakukan sesuatu dalam tugas mengajar

Model Fasilitator

·         Sahsiah  

·         Profesional  

·         Teknologi  

·         Motivasi  

·         Pengurusan bilik darjah

·         Strategi , kaedah,teknik

  

PENUTUP

Keseluruhan huraian ini membincangkan elemen-elemen yang sesuai bagi menganggap sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan langkah-langkah yang sesuai bagi mencapaikan matlamat tersebut. Ini termasuklah dari aspek yang utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu , dimasukkan juga aspek-aspek lain yang difikirkan perlu di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum di sesebuah sekolah.

 

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.

 

Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

  • Share/Save/Bookmark