Teori belajar

Teori belajar

Kajian tentang motivasi belajar telah banyak dibuat dan dikaji oleh penyelidik-penyelidik luar negara ataupun dalam negara.  Konsep dan teori motivasi telah diguna pakai dalam semua penyelidikan motivasi.  Di antara penyeldik-penyelidik motivasi yang terkenal adalah seperti Herzberg, Maslow dan sebagainya.  Beliau telah mengkaji faktor-faktor atau pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi motivasi seseorang.  Contohnya, Abraham H. Maslow telah memperkenalkan satu model yang tersohor dan diguna pakai sehingga ke hari ini.  Model yang telah beliau perkenalkan ialah Model Hirarki Keperluan Manusia.  Beliau telah membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat utama.  Keperluan tersebut ialah keperluan asas, keselamatan, kasih sayang dan sosial, penghormatan diri dan kepuasan kendiri ( self -actualisation).  Manusia akan bermotivasi dan berusaha untuk mencapai peringkat-peringkat tersebut berdasarkan tahap-tahap yang mesti dilaluinya.

 

Pengkaji-pengkaji tempatan juga telah membuat banyak kajian tentang motivasi.  Skop kajian banyak berorientasikan motivasi pekerja dan bersifat satu kajian kes dalam satu organisasi ataupun syarikat.  Kajian tidak bersifat menyeluruh dan berdasarkan skop yang kecil.  Contohnya, Lim Siew Chin (1990) : Employee Job Satisfaction In Small and Medium Sized Firms in The Metal Based Industry dan Tam Weng Wah (1986) : Job Satisfaction of Public sector Employees : A Case Study of The Civilian Employee in The Ministry of Defense.

 

TEORI EXPECTANCY  OLEH VROOM

 

Teori ini juga dikenali sebagai teori Valence-Instrumentality-Expectancy(VIE).  Ini adalah kerana teori ini mengandungi komponen-komponen expectancy, valence dan intrumentality.  Vroom mengandaikan perlakuan manusia adalah hasil daripada pilihan secara sedar yang dibuat oleh mereka.  Ini dijelaskan oleh Craig C. Pinder bahawa

 

“ ……people’s behaviour results from conscious choices among alternatives and these choices(behaviour) are systematically related to psychological processes, particularly perception and formation of beliefs and attitudes.  The purpose of the choices generally is to maximise pleasure and minimise pain…….”

 

Konsep valence merujuk kepada nilai yang diberikan oleh seseorang individu terhadap sesuatu penghasilan, contohnya, kenaikan pangkat.  Instrumentality pula bermaksud tanggapan individu terhadap sesuatu tugas itu perlu bagi memperolehi ganjaran yang diharapkan.  Expectancy bermaksud bahawa tanggapan sesuatu kemungkinan tahap usaha(effort) tertentu yang diberikan akan membawa penghasilan(outcomes) tertentu sama ada dalam bentuk gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya.

 

Edward E. Lawler III ada memberi penjelasan yang agak baik tentang perhubungan di antara ketiga-tiga komponen tersebut.  Menurut Lawler,

 

“ In order for motivation to be present, the manager must both value promotion and see the relationship between his efforts and promotion.  Thus for an individual reward or outcome the argument is that a multiplicative combination of its value and the appropriate effort-reward probability.”

 

  

TEORI REINFORCEMENT AND SOCIAL LEARNING OLEH STEERS DAN PORTER

 

Teori reinforcement ini dikaitkan dengan Skinner dan digolongkan ke dalam teori motivasi oleh Steers dan Porter.  Ianya juga dinamakan teori Modifiasi Perlakuan (Behaviour Modification Theory).  Ini adalah kerana ianya memberi penekanan tentang peranan persekitaran yang dikatakan boleh meningkatkan dan seterusnya reinforce atau sebaliknya mengurangkan tindak balas seseorang.  Mengikut teori ini, perlakuan manusia boleh diubahsuai atau dibentuk melalui empat cara, iaitu

 

Reinforcement iaitu bermaksud bahawa perlakuan yang dikehendaki diberi atau menerima ganjaran yang positif.  Reinforcers sama ada positif atau negatif diklasifikasikan sama ada sebagai unconditioned or primary reinforcers atau conditioned or secondary reinforcers.  Primary reinforcers adalah seperti makanan, air, seks dan sebagainya.  Manakala secondary reinforcers adalah seperti kemajuan kerjaya, pujian, pengiktirafan dan sebagainya.

 

Avoidance learning iaitu berkenaan dengan penghapusan sebahagian daripada penghasilan yang tidak diingini oleh pekerja.  W. Clay Hammer(1991) menjelaskan perbezaan dalam proses modifikasi perlakuan melalui positive reinforcement dengan avoidance learning ialah dari segi bahawa dalam positive reinforcement, individu berusaha mendapat ganjaran daripada hasil persekitaran akibat daripada mejalankan kerja yang baik.  Sebaliknya dalam konteks avoidance learning, individu bekerja kuat untuk mengelakkan aspek-aspek yang tidak baik daripada persekitaran itu sendiri.

 

Penghapusan dalam konteks ini merujuk kepada pengurangan perlakuan-perlakuan tertentu melalui cara tidak memberi tindakbalas kepada perlakuan-perlakuan tersebut di mana lama-kelamaan perlakuan tersebut akan hilang dengan sendirinya.

 

Punishment pula merujuk kepada penggunaan tindakan yang tidak diingini ke atas perlakuan yang tidak diingini.  Dalam punishment, sesuatu ganjaran ditahan oleh kerana sesuatu perlakuan itu tidak dikehendaki.

 

Di samping iti teori Social Learning pula menerangkan bahawa perlakuan seseorang individu adalah akibat daripada interaksi di antara individu dengan persekitarannya.  Mengikut teori ini perlakuan individu dan persekitaran adalah saling pengaruh-mempengaruhi.  Individu mempengaruhi persekitarannya dan seterusnya mempengaruhi pemikiran dan perlakuan mereka.

 

Berdasarkan model teori Social Learning tersebut, didapati unsur-unsur utama dalam teori tersebut ialah vicarious learning, symbolic process dan self-control.  Vicarious learning ialah satu cara yang baik untuk mempelajari perlakuan yang kompleks ialah melalui pemerhatian, pembentukan model dan meniru model-model perlakuan.  Symbolic processes pula merujuk kepada nilai, kepercayaan dan matlamat yang mempengaruhi perlakuan-perlakuan tertentu.  Self-control ialah keupayaan seseorang untuk menyatukan proses-proses persekitaran dan kognitif yang membawa kepada perlakuan-perlakuan tertentu.

 

TEORI KEPERLUAN KEPADA PENCAPAIAN OLEH MCCLELLAND

 

Teori ini diketengahkan oleh McClelland di mana beliau memberi tumpuan kepada keperluan iaitu keperluan untuk pencapaian.  Mengikut John B.Miner, teori ini pada asalnya diasaskan kepada perhubungan di antara kelaparan dengan bayangan makanan yang mempengaruhi proses pemikiran.  Adalah didapati lebih lama subjek yang dikaji tidak memperoleh makanan, lebih banyak perkataan-perkataan yang berkaitan dengan makanan yang ditulis dalam maklumbalas-maklumbalas mereka.  Begitu juga jika seseorang itu diminta untuk menceritakan tentang potensi pencapaian dalam satu gambar, motivasi pencapaian mereka dapat ditimbulkan.

 

McClelland menggariskan beberapa ciri keadaan utama yang diutamakan dan boleh mendorong individu yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi.  Pertama, ialah keadaan yang memungkinkan individu mengambil tanggungjawab secara peribadi dan mendapat kredit peribadi bagi penghasilannya.  Keduanya, ialah keadaan yang bercirika tahap kesusahan dan risiko yang sederhana.  Selain daripada itu, perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang kejayaan daripada usaha seseorang.

 

Beliau membezakan di antara high achievers dengan low achievers yang mana pada kebiasaannya high achievers menetapkan matlamat tidak mudah dan terlalu susah untuk dicapai.  Dalam teori ini McClelland membahagikan empat keperluan penting yang berkaitan dengan perlakuan dalam organisasi dan pembangunan ekonomi iaitu keperluan untuk pencapaian, affliation, autonomi dan kuasa.  Di samping itu ianya dapat dirumuskan bahawa keperluan kepada pencapaian dalam teori McClelland dapat dipertingkatkan malalui latihan atau pendedahan kepada pengalaman baru.

 

TEORI GOAL-SETTING OLEH LOCKE

 

Teori goal-setting oleh Locke ini menerangkan bahawa matlamat yang ditetapkan oleh individu sendiri ditentukan oleh nilai dan kehendak mereka.  Sehubungan dengan itu, matlamat yang ditetapkan akan mempengaruhi perlakuan individu tersebut.  Perlakuan tersebut sama ada untuk meningkatkan lagi atau mengurangkan usaha mereka dalam menjalankan sesuatu tugas.

 

Ringkasnya, matlamat menentukan perlakuan individu.  Matlamat individu ini akan akan berkaitan dengan matlamat organisasi di mana jika matlamat ditetapkan terlalu tinggi ini akan membawa kepada ketidak puashati dan seterusnya mengakibatkan tahap produktiviti yang rendah.  Sebaliknya, jika matlamat yang ditetapkan boleh dicapai ianya akan meningkatkan produktiviti.

 

Menurut Edwin A. Locke dan Gary P. Lathan (1984), kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penetapan matlamat merupakan kunci kepada produktiviti tinggi serta dapat menjelaskan lagi expectation, mengurangkan kebosanan, meningkatkan kepuasan dan sukakan tugas dan meningkatkan keyakinan dan kebanggaan dalam menjalankan tugas.

 

TEORI MOTIVASI KOGNITIF OLEH ADAM

 

Teori motivasi kognitif juga dikenali sebagai teori motivasi berbentuk proses.  Contohnya, teori ekuiti oleh Adam.  Teori kognitif mengandaikan perlakuan individu dalam menjalankan sesuatu tugas adalah dibuat secara rasional atau dalam pemikiran yang sedar.

 

Teori Adam’s Equity Theory mengandungi dua komponen asas iaitu input dan penghasilan.  Kedua-dua komponen ini dilihat dalam konteks hubungan atau pertukaran di antara pekerja dan majikan.  Adam berpendapat dalam perhubungan yang melibatkan pertukaran, seseorang itu akan mengambil berat tentang apa yang diberikan dan apa yang diperoleh daripada perhubungan tersebut.  Outcomes merupakan ganjaran yang diperoleh oleh seseorang daripada perhubungan berkenaan seperti wang, keselesaan, kepuasan dan sebagainya.  Input yang dimaksudkan termasuk pengalaman, kemahiran, usaha, pendidikan dan sebagainya.

 

 

 TEORI EXISTENCE, RELATEDNESS AND GROWTH(ERG) OLEH ALDEFER

 

Teori ERG diutarakan oleh Aldefer(1972) sebagai penambahbaikan kepada teori hairaki keperluan Maslow.  Ianya dianggap sebagai ringkasan kepada teori Hairaki Keperluan Maslow.  Teori ERG dalam konteks perbandingan dengan teori Maslow dapat dilihat dalam jadual berikut,

 

 Jadual 1 : Teori ERG dan Hirarki Keperluan Maslow

  

ALDEFER ERG

HIRARKI KEPERLUAN MASLOW

 

Existence needs

Keperluan Fisiologi dan keselamatan

Relatedness needs

Keperluan keselamatan jenis interpersonal

Love and belonging need

Esteem needs

Growth needs

Esteem needs that are self confirmed

Self-actualization

 

(Sumber : John B. Miner, Theories Of Organizational Behaviour, m.s 37)

 

Teori Aldefer mengkategorikan keperluan manusia hanya kepada tiga unsur iaitu Existence Needs(E), Relatedness Needs(R ) dan Growth Needs(G).  Existence needs merupakan peringkat yang paling rendah iaitu meliputi semua keperluan fisiologi dan kebendaan.  Ianya boleh disamakan sebagai meliputi keperluan asas dan keperluan kepada keselamatan dalam teori Maslow.  Relatedness needs merupakan peringkat keperluan yang kedua iaitu berkaitan dengan keperluan untuk mempunyai perhubungan yang bermakna dengan orang lain.  Kepuasan akan timbul apabila terdapat perkongsian perasaan dan pemikiran.  Secara perbandingan ianya meliputi keperluan sosial,sebahagian daripada keperluan keselamatan dan esteem dalam teori Maslow.  Growth needs pula merupakan peringkat yang tertinggi iaitu berkenaan dengan keperluan untuk bersifat kemanusiaan dan menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada.  Ini merupakan peringkat self-actualization dan sebahagian keperluan self-esteem dalam teori Maslow.

 

Perbezaan-perbezaan utama di antara teori ERG dibandingkan dengan teori Maslow ialah dari segi teori ERG tidak mengandaikan keperluan manusia berkaitan di antara satu sama lain dalam bentuk hairaki yang berturutan.  Aldefer berpendapat keperluan manusia di peringkat tertinggi akan digerakkan walaupun keperluan di peringkat yang lebih rendah belum dipenuhi.  Begitu juga dari keadaan sebaliknya di mana kehampaan terhadap tidak tercapainya keperlua peringkat tertinggi akan mengakibatkan manusia akan berusaha semula untuk mencapai keperluan di peringkat yang lebih rendah.

 

TEORI HIRARKI KEPERLUAN OLEH MASLOW

 

Di bawah kategori Needs Theories antara teori klasik ialah Teori Maslow’s Hierarchy Of Needs di mana Maslow membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat.  Mengikut Maslow(1970), setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza dari segi keperluan paling rendah iaitu keperluan asas atau physiological needs dan ianya berubah kepada hirarki yang lebih tinggi setiap  kali keperluan dalam hirarki yang lebih rendah dipenuhi.  Proses isni berterusan daripada hirarki yang lebih rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi iaitu self-actualization

 

Maslow berpendapat keperluan paling asas bagi manusia ialah keperluan fisiologi iaitu termasuk keperluan makanan,air,tempat perlindungan dan sebagainya.  Pada peringkat kedua iaitu safety needs termasuk keperluan kepada kestabilan, keselamatan, ancaman, sakit dan sebagainya.  Peringkat ketiga iaitu needs for love and belonging iaitu keperluan manusia untuk cinta dan dicintai.  Peringkat keempat merupakan peringkat di mana keperluan manusia beralih kepada keperluan untuk diiktiraf, menjaga reputasi, prestij, keyakinan diri dan sebagainya.  Akhirnya peringkat kelima iaitu needs for self-actualization merupakan peringkat yang terakhir dan paling tinggi bagi keperluan manusia.

 

TEORI MOTIVATOR-HYGIENE OLEH HERZBERG

 

Teori ini diutarakan oleh F. Herzberg dan rakan-rakannya B. Mausner dan B. Snyderman(1959).  Mereka telah menjalankan kajian terhadap 228 orang pekerja profesional iaitu terdiri daripada jurutera dan akauntan.  Mengikut Herzberg  kajian tersebut direka bentuk untuk menguji konsep bahawa manusia mempunyai dua set keperluan iaitu keperluannya sebagai binatang untuk mengelak daripada kesakitan dan keperluan sebagai manusia iaitu untuk berkembang secara psikologi.

 

Herzberg menggolongkan keperluan-keperluan kepada dua kumpulan sahaja iaitu faktor penggerak dan kebersihan.  Faktor-faktor tersebut juga disebut sebagai faktor intrinsik dan extrinsik.  Jika dilihat dalam konteks teori Maslow, faktor penggerak merangkumi faktor self-actualization dan self-esteem.  Di samping itu, keperluan dalam faktor-faktor kebersihan pula meliputi keperluan asas atau fisiologi, sosial dan keselamatan.

 

Berdasarkasn kajian yang diajalankan, didapati lima faktor utama yang menentukan tahap kepuasan kerja.  Kelima-lima faktor tersebut ialah pencapaian, pengiktirafan, kerja itu sendiri, tanggungjawab dan kemajuan.  Faktor-faktor ini disebut sebagai motivator atau intrinsik atau datisfier.  Faktor hygiene ialah dasar dan pentadbiran organisasi, penyeliaan, gaji, hubungan interpersonal - penyeliaan dan keadaan tempat kerja.  Faktor ini juga disebut sebagai ekstrinsik atau dissatisfier.

  • Share/Save/Bookmark